TERKINI

6/recent/ticker-posts

Jumlah Pengeluaran i-Sinar Boleh Diubah Mulai 8 Mac



Pada 2 Mac yang lalu, pembayaran i-Sinar bagi ketegori 2 telah pun dilaksanakan, sedia maklum bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut membuat kenyataan rasmi berkaitan permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat boleh dilakukan pada hari ini bersamaan 8 Mac 2021.

Untuk pengetahuan anda semua, permohonan i-Sinar dibuka selama 6 bulan. Jika anda berhasrat untuk membuat pengeluaran, rujuk DISINI .

Di samping itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga telah membuat kenyataan rasmi berkaitan perubahan maklumat i-Sinar. Sebelum ini, ramai pemohon telah membuat kesalahan tersilap memasukkan amaun pengeluaran dan lain-lain.


PERUBAHAN MAKLUMAT i-SINAR

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendengar rintihan para pemohon, disebabkan itu ahli akan diberikan kelonggaran membuat perubahan maklumat akaun permohonan i-Sinar bermula pada
  • 8 Mac 2021 (Isnin)
  • Sama tarikh dengan permohonan baharu i-Sinar iaitu 8 Mac juga
PERUBAHAN YANG BOLEH DIBUAT

Merujuk kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kelonggaran membuat pindahan ialah seperti berikut

1. Jumlah dipohon
2. Pengubahan maklumat bank 
3. Alamat
4. Nombor telefon
5. Mod pembayaran i-Sinar 

Perubahan boleh dibuat melalui portal rasmi i-Sinar.

Post a Comment

0 Comments