TERKINI

6/recent/ticker-posts

i-Sinar: Pembayaran Seterunya Bermula Pada 1 April


Seperti yang kita sedia maklum, pemansuhan syarat i-Sinar telah dilaksanakan pada 8 Mac lalu.

Oleh itu, pembayaran i-Sinar kategori 1 untuk bulan Mac juga telah diawalkan dan mula dibayar pada hujung bulan Februari.

Join Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan: t.me/epermohonan

Justeru, tiada pembayaran yang akan dilaksanakan pada bulan Mac. Sudah pasti ramai tertanya-tanya bilakah pembayaran seterusnya akan dilakukan? Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada mengenai pembayaran i-Sinar seterusnya.


Pembayaran i-Sinar Seterusnya

Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa pembayaran i-Sinar seterusnya akan bermula pada April, ia telah menjadi kenyataan.

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Akaun menunjukkan bahawa pembayaran akan bermula pada
  • 1 April 2021
  • Pembayaran akan dilaksanakan mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April pada tarikh 1 April dan seterusnya mengikut batch anda.
  • Anda boleh merujuk tarikh pembayaran melalui i-Akaun anda.
  • Untuk makluman, pembayaran ini hanya melibatkan pemohon yang layak pada Januari 2021 bukan permohonan tanpa syarat yang dilaksanakan pada 8 Mac lalu.
Informasi Sampingan Yang Anda Perlu Tahu

PEMBAYARAN BERJAYA DIKREDIT
  • Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima
PEMBAYARAN GAGAL KREDIT
  • Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke dalam akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.

Post a Comment

1 Comments