TERKINI

6/recent/ticker-posts

GKP 3.0: Syarat Serta Cara Permohonan RM1,000 'One-Off' Untuk PKS

 

Seperti yang sedia maklum, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) merupakan satu inisiatif terbaharu yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pada 17 Mac 2021 yang lalu, semasa Perdana Menteri membentangkan pakej bantuan PEMERKASA, beliau telah mengumumkan setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan 'one-off' sebanyak RM1,000.

Nak jadi orang pertama mohon BANTUAN KERAJAAN? Join telegram rasmi: t.me/epermohonan


Geran Khas Prihatin

Geran Khas Prihatin atau GKP adalah bantuan kewangan secara 'one-off' khususnya kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. 

Apakah Syarat Kelayakan?

GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini.

Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:

1. Bukan penerima GKP sebelum ini.
2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut:
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Bilakah Tarikh Permohonan Boleh Dibuat?
  • 1 April 2021
Cara Permohonan GKP 3.0
Kaedah Bayaran
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan.
  • Akaun bank hendaklah aktif.

Post a Comment

1 Comments

  1. Untuk bantuan GKP 1.0 & 2.0 kami langsung belum terima.
    Maklumat duit dah di kreditkan dah dapat tapi duit belom dapat lagi.

    ReplyDelete