TERKINI

6/recent/ticker-posts

Gaji RM1,000 & Tiada Slip Gaji Pon Layak Membeli Rumah ~ Rujuk Kriteria Kelayakan Segera!

 

Anda berhasrat untuk membeli rumah pertama? Tetapi tidak mempunyai slip gaji? Tahukah anda, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan atau dikenali sebagai SJKP

Dengan adanya SJKP ini, impian anda untuk memiliki rumah pertama akan menjadi penyata. Untuk ketahui cara permohonannya, sila rujuk perkongsian yang diterangkan di bawah.

PENERANGAN SYARIKAT JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)


Untuk makluman anda, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan. Ia diperbadankan pada 6 Disember 2007. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah kesukaran kepada mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga-peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

TATACARA PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

Untuk memohon SJKP, proses permohonan/pendaftaran adalah seperti berikut

1. Pertama sekali, mengenalpasti rumah kediaman yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/ resit bayaran tempahan.
2. Dapatkan surat pengesahan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih).
3. Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji tetap, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
4. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan, kad pendaftarab nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
5. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

INSTITUSI KEWANGAN YANG TERLIBAT

1.Maybank

2. Bank Rakyat


3. Bank Islam


4. Hong Leong Bank


5. Bank Simpanan Nasional (BSN)



6. Affin Bank


7. Agro Bank




8. AmBank Group


9. Bank Muamalat


10. Alliance Bank


INFO TAMABAHAN: Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

KRITERIA KELAYAKAN UNTUK MEMOHON (SJKP)

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah/ sederhana/ mampu milik dan untuk didiami.
4. Pembelian rumah kediaman baru/ didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.
8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

(Untukmu mengetahui lebih lanjut soalan lazim tentang SJKP boleh rujuk link dibawah)

Post a Comment

0 Comments