TERKINI

6/recent/ticker-posts

e-Pengambilan PDRM 2021: Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1

 

Sukacita hendak dimaklumkan kepada anda semua bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun membuka peluang kerjaya atau jawatan kosong dalam perkhidmatan badan tersebut.

Info Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2021

Jawatan Ditawarkan: Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) *Pengambilan Khas Bukan Bumiputera
Tarikh Permohonan: 18 Mac - 31 Mac 2021

Syarat Kelayakan Jawatan:

Kepada anda yang berminat untuk memohon, sila baca maklumat di bawah
  • Merupakan Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online.
  • Merupakan seorang bukan bumiputera (non bumi)
Kelayakan Akademik:

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,441.00)
  • dan 2 kepujian termasuk Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus 4 mata pelajaran lain atau
ii) Lulus Sijil Vokasional atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,441.00)
  • mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred 'C')
  • Mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut:
  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Perniagaan
  5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau,
  6. Teknologi Kejuruteraan Marin atau
iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,573.02)

Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut
  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Tatacara Permohonan & Maklumat Lanjut

Anda boleh ke portal rasmi e-pengambilan PDRM:
  1. Permohonan anda boleh dibuat di portal rasmi https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx
  2. Anda boleh daftar masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda telah daftar.
  3. Sekiranya anda merupakan pemohon baru, anda boleh klik butang 'Pendaftaran Baru' dan isi segala butiran yang diminta. 


Post a Comment

0 Comments