TERKINI

6/recent/ticker-posts

Pemerkasa 2021: Bantuan RM500 Kepada B40 Secara 'One-Off'

 

Perdana Menteri melalui Perutusan Khas berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan tunai secara 'one off' sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan punca pendapatan.


Beliau juga berkata, bayaran tambahan RM500 juga akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.


Untuk pengetahuan anda, pelaksanaan Pakej Pemerkasa ini membabitkan peruntukkan sebanyak RM20 billion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan adalah berjumlah RM11 billion.

TARIKH AGIHAN BANTUAN

Setakat ini, Perdana Menteri memalumkan bahawa bantuan tersebut akan diberikan mulai Jun 2021.

Dianggarkan seramai 2.4 juta penerima akan menerima manfaat daripada bantuan tersebut.

PROSES AGIHAN BANTUAN

Pemberian bantuan B40 ini tidak melibatkan sebarang permohonan baharu yang memerlukan permohonan daripada pemohon.

Penerima yang berumur 21 hingga 60 tahun akan disaring kelayakan mereka oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai bantuan B40 ini akan diperincikan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia menerusi laman web https://www.mof.gov.my/ dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
 



Post a Comment

4 Comments

  1. Kalau kita kategori dlm b40 yg x mencarum apa2,layak ke?(org kampung)

    ReplyDelete
  2. U
    Mana nak buat rayuan atau kemaskini

    ReplyDelete
  3. Bagi yang hilang pendapatan..bagaimana cara memohon??

    ReplyDelete
  4. Nak tnya bantuan apa untuk pelajar u yang tak bekerja lagi umur 23 tahun

    ReplyDelete