TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bantuan JKM Ditambah RM500 Seorang

 

Semasa pembentangan belanjawan 2021, Menteri Kewangan telah pun membuat pengumuman rasmi bahawa terdapat penambahan jumlah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan dilaksanakan bermula Januari 2021.

Jumlah bantuan yang ditambah itu termasuklah Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua dan juga Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU).

Nak Jadi Orang Pertama Mohon Bantuan Kerajaan? Join Channel Telegram Kami: t.me/epermohonan

Baca Juga: 

Kami dari Utusan Kerjaya akan sentiasa membantu anda mengemaskini maklumat terkini berkenaan bantuan kerajaan. Jangan lupa bookmark website kami!

Berikut merupakan senarai Bantuan JKM baharu

1. Bantuan Kanak-Kanak dari Keluarga Miskin

Penambahan bantuan kanak-kanak dari RM100 seorang kepada RM150 dan RM200.
  • Kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat bantuan RM150 seorang.
  • Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan kebawah mendapat bantuan RM200 seorang

Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan 
  • Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi Pendapatan Garisan Kemiskinan(PGK).
2. Bantuan Warga Emas/ Orang Tua

Penambahan kadar bantuan warga emas daripada RM350 seorang telah dinaikkan ke RM500 seorang.
  • Penerima bantuan JKM warga emas, anda akan menerima bantuan sebanyak RM500 sebulan bermula tahun 2021.
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi Pendapatan Garisan Kemiskinan (PGK).
  • Hendaklah berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Tidak tinggal di institusi JKM/ pusat jagaan harian.
3. Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar

Penambahan kadar bantuan penjagaan OKU/ Pesakit kronik terlantar dari RM350 seorang kepada RM500 seorang.
  • Kepada penerima bantuan JKM penjagaan OKU atau penjagaan pesakit kronik terlantar, anda boleh menerima bantuan sebanyak RM500 sebulan bermula pada tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Pemohon merupakan penjaga sepenuh masa kepada OKU yang terlantar atau pesakit kronik hingga memerlukan penjagaan rapi.
  • Pendapatan pemohon/ penjaga tidak melebihi Rm3,000 sebulan.
4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Penambahan kadar bantuan OKU tidak berupaya untuk bekerja dari RM250 seorang kepada RM300 seorang
  • Kepada penerima bantuan JKM OKU yang tidak berupaya bekerja, anda akan menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan bermula tahu 2021.
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Tidak berdaya untuk bekerja
  • Pemegang sah kad OKU

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut yang berkaitan bantuan JKM boleh ke portal rasmi mereka di https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php

Hubungi Talian: 03-8000 8000

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments