KADAR PEMBERIAN BANTUAN
Para pelajar dari golongan keluarga B40 yang layak akan menerima bantuan ini yang berjumlah
- RM200 secara one-off setiap orang
Pemberian bantuan tersebut merangkumi barangan seperti pakaian, kasut dan beg sekolah.
GOLONGAN PELAJAR YANG TERLIBAT
- 1,000 orang pelajar di sekitar kawasan Sarawak sempena dengan Program Kembali ke Sekolah YBR
- Keluarga yang dikenal pasti terkesan akibat kemusnahan dan kerosakan harta benda daripada musibah banjir
- 500 keluarga mangsa banjir di sekitar Sarawak
Untuk makluman anda, peruntukan sebanyak RM100,000 lagi akan diberikan kepada keluarga mangsa banjir yang terlibat di seluruh negara.
Menurut sumber, menerusi sumbangan ini juga diharapkan agar dapat membantu serba sedikit meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam sesi persekolahan kelak.
Diharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka selain berharap lebih banyak entiti korporat serta organisasi lain turut serta memberikan sumbangan.
0 Comments