TERKINI

6/recent/ticker-posts

Senarai Kemudahan Diterima Bagi Permohonan Pendaftaran OKU Di JKM


Untuk pengetahuan anda, mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya (OKU) termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan dalam jangka masa panjang dari 
segi fizikal, mental, intelektual atau deria.

Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan kepada anda tatacara pendaftaran OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta keistimewaan yang diterima.

JENIS PENDAFTARAN OKU

Pendaftaran Baharu

Pendaftaran baharu adalah untuk mereka yang membuat permohonan pada pertama kalinya. Berikut merupaka dokumen yang diperlukan semasa permohonan👇
  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta.
  • Salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad.
  • Salinan keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.
  • Laporan perubatan yang berasingan (jika berkenaan).
Pendaftaran Semula

Pendaftaran semula dalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019. Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut👇
  • Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis. Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU).
  • OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas.
7 KATEGORI OKU

Antara 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh JKM seperti berikut👇
  • Kurang Upaya Pendengaran
  • Kurang Upaya Penglihatan
  • Kurang Upaya Pertuturan
  • Kurang Upaya Fizikal
  • Kurang Upaya Pembelajaran
  • Kurang Upaya Mental
  • Kurang Upaya Pelbagai
Untuk maklumat yang lebih terperinci, sili rujuk DISINI.

CARA MOHON/ DAFTAR OKU


Untuk makluman anda, pemohonan pendaftaran OKU dengan JKM boleh dibuat bila-bila masa sahaja melalui Borang Permohonan OKU Pindaan 2019 yang disertakan di bawah:

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU JKM: klik DISINI

Borang yang telah dilengkapkan perlu dicetak dan dapatkan pengesahan Pakar Perubatan/ Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan.

Borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dan dimasukkan ke dalam 'drop box' yang disediakan (semasa PKP) atau hantar terus borang ke kaunter.

Nota: Pemohon yang mengalami ketidakupayaan jelas boleh disahkan oleh pegawai JKM. Pemohon hanya perlu mengemukakan dua keping gambar yang jelas menunjukkan ketidakupayaan tersebut.

INFOGRAFIK PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU SEMASA PKP


KEMUDAHAN & KEISTIMEWAAN OKU BERDAFTAR

Semak kemudahan dan keistimewaan OKU berdaftar di bawah:




Post a Comment

0 Comments