TERKINI

6/recent/ticker-posts

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Telah Mula Dikreditkan Pada 22 Februari 2021

 

Setelah mendapat khabar gembira mengenai pembayaran awal i-Sinar Kategori 1 & i-Lestari, berita gembira yang terkini adalah berita yang sangat ditunggu pemohon.

Berita gembira tersebut adalah bayaran Bantuan Pihatin Rakyat yang dikenali sebagai BPR, sudah mula dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari 2021 yang jatuh pada hari isnin.

PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Baru-baru ini Menteri Kewangan telah mengumumkan mengenai lanjutan tarikh permohonan baharu/kemaskini BPR sehingga 25 Februari 2021 tetapi pembayaran sudah mula dikreditkan pada 22 Februari 2021. Ini satu berita yang sangat mengejutkan.

Lebih tepat lagi, pembayaran yang bermula pada 22 Februari 2021 ini ialah kepada pemohon yang memiliki akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Manakala pemohon yang menggunakan bank lain akan menerima bayaran pada hari seterusnya.


Di samping itu, penerima fasa 1 terawal ini merupakan daripada golongan warga tua, berkeluarga dan bujang.

Selain itu, pembayaran yang bermula pada 22 Februari 2021 ini hanya melibatkan pemohon lama iaitu penerima BSH 2020 atau BPN yang lalu.

Bagi pemohon baru, anda harus menunggu selepas 25 Februari depan untuk membuat semakan kelulusan.

JUMLAH BAYARAN BPR FASA 1

Daripada maklumat yang kami perolehi, isi rumah atau berkeluarga akan menerima bayaran fasa 1 berjumlah RM300 manakala bagi seterusnya fasa 2 akan datang.

Manakala kepada bujang, ramai yang mengatakan bahawa mereka mendapat RM150 pada fasa 1 ini.

BUKTI PEMBAYARAN BPR DARIPADA PEMOHON




Sumber : Penulisan dan info di atas adalah ditulis sendiri dan informasi diperolehi daripada rakan-rakan Facebook.

Post a Comment

0 Comments