TERKINI

6/recent/ticker-posts

i-Sinar: Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Bulan Mac Bermula 22 Februari

 

Sedia maklum bahawa pembayaran i-Sinar Kategori 1 untuk bulan Januari dan Februari dilakukan awal bulan contohnya bermula 3 Februari lalu.

Tetapi sekarang, pembayaran i-Sinar kategori 1 pula turut diawalkan sama seperti i-Lestari untuk memberi ruang kelulusan tanpa syarat i-Sinar Kategori 2.

PERUBAHAN JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR KATEGORI 1 UNTUK BULAN MAC DAN SETERUSNYA

Pembayaran i-Sinar untuk bulan Februari telah bermula pada 3 Februari lalu. Hampir semua penerima telah dikreditkan.

Manakala pembayaran i-Sinar Kategori 1 untuk bulan 3 sepatutnya bermula 3 Mac depan tetapi disebabkan kelulusan tanpa syarat bermula 8 Mac, KWSP telah awalkan pembayaran untuk bulan Mac.

Jadi, pembayaran i-Sinar bagi bulan Mac akan bermula pada
  • 22 Februari 2021 (Isnin)
  • Hal ini bermaksud anda akan menerima 2 kali pembayaran i-Sinar pada bulan Februari (Pembayaran Februari & Mac)
  • Pembayaran adalah mengikut kumpulan, sekiranya anda merupakan penerima kumpulan pertama maka anda akan menerima pembayaran Mac bermula 22 Februari dan seterusnya mengikut kumpulan anda.
Sekiranya tiada lagi perubahan selepas ini maka kita dapat simpulkan pembayaran i-Sinar Kategori 1 untuk bulan April juga akan bermula pada 22 Mac hadapan.

Informasi Yang Perlu Anda Tahu

PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT

Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.

PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.

Post a Comment

0 Comments