TERKINI

6/recent/ticker-posts

Ustaz Ebit Lew Akan Sumbangkan Tab Kepada Pelajar Yang Memerlukan

 

Baru-baru ini, dermawan tanah air serta pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew sekali lagi melancarkan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Dalam kenyataan beliau, sumbangan yang akan diberikan ialah gajet Samsung Galaxy Tab A.

Sebanyak 100 tab akan diagihkan kepada pelajar yang betul-betul memerlukan sahaja.

PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN

Pada musim PKP 2.0 ini, hanya pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam sahaja dibenarkan ke sekolah seperti SPM & STPM.

Manakala bagi pelajar sekolah rendah sehingga tingkatan 5 (2021) hanya dibenarkan bersekolah secara atas talian.

Sudah tentu para pelajar memerlukan telefon pintar serta data internet yang cukup untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian.

Dengan ada bantuan ini, pasti terdapat segolongan pelajar yang dapat dibantu oleh Ustaz Ebit Lew.

CARA PERMOHONAN

Permohonan bagi bantuan ini mudah sahaja kerana anda tidak perlu mengisi mana-mana borang.

Menurut sumber rasmi Facebook Ustaz Ebit Lew, anda hanya perlu untuk menghubungi nombor berikut jika anda rasa anda memerlukan:
  • 017-587 0294



Post a Comment

0 Comments