Untuk makluman anda semua,pengkreditan pertama akan bermula pada 11 Januari 2021 yang jatuh pada hari Isnin. Amaun berikut akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula pada tarikh pengkreditan.
SEMAKAN STATUS PEMOHONAN i-SINAR KWSP ONLINE LULUS ATAU GAGAL
Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan maklumat berkaitan cara semakan status kelulusan i-Sinar KWSP termasuk syarat kelayakan,tarikh bayaran serta jumlah pengeluaran.
Baca Juga : Ketahui Tarikh Pembayaran i-Lestari
TARIKH SEMAKAN STATUS i-SINAR KWSP
Tarikh semakan status permohonan i-Sinar adalah pada 4 Januari 2020 (Isnin). Menurut info yang diterima,bagi yang sudah mempunyai i-Akaun,anda boleh membuat semakan status mulai 1 Januari 2021 melalui laman web i-Akaun KWSP.
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-SINAR KWSP SECARA ONLINE
- Layari portal rasmi i-Sinar KWSP iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/
- Sila pergi ke bahagian semak status dan tekan butang "SEMAK STATUS"
- Akan dipaparkan kepada anda sama ada status anda "LULUS" atau "GAGAL"
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-SINAR KWSP MELALUI PORTAL i-AKAUN
- Kepada ahli yang sudah mempunyai i-Akaun boleh semak status permohonani-Sinar KWSP secara online menerusi laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Log masuk pada i-Akaun KWSP
- Selepas itu,klik pada butang peti mesej atau "inbox'
- Akan dipaparkan ke skrin anda status permohonan anda sama ada lulus atau proses permohonan.
TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP
- Tarikh pembayaran dijangka akan dikreditkan secara berperingkat mulai 11 Januari 2021
Baca Juga : Rujuk Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Online Menggunakan i-Akaun Dan Portal i-Sinar Di Sini
Sumber:rujukanspm.com
0 Comments