TERKINI

6/recent/ticker-posts

Semakan Penyata KWSP Online (i-Akaun)

 

Pada zaman dulu, jika anda ingin membuat semakan penyata akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti baki dalam akaun, anda perlu ke cawangan KWSP terdekat.

Tetapi kini, semua perkara di hujung jari je! Semakan penyata akaun KWSP secara online mudah sahaja.

Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda cara membuat Semakan Penyata KWSP Online.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

NOTA: Sebelum anda diberi kebenaran untuk membuat semakan, anda haruslah mempunyai i-akaun sendiri.

CARA SEMAKAN BAKI AKAUN (PENYATA KWSP)

1. Pertama sekali, anda perlu sahkan dahulu identiti anda dengan mendapatkan password dan username (ID) sebelum anda dapat mengakses perkhidmatan KWSP secara online.
2. Password dan ID sementara ini boleh diperolehi di pejabat KWSP berhampiran anda. Kod pengaktifan ini cuma diperlukan sekali sahaja. Jangan lupa bawa sekali kad pengenalan anda ya!
3. Selepas mendapat kod, klik login i-Akaun KWSP
4. Masukkan username tersebut pada ruangan user ID di bawah ini.
5. Masukkan password sementara yang diberikan.

6. Selepas itu, anda diminta mengisi borang, ID serta password (kata laluan) baru. Pastikan anda lettakan kata laluan yang kuat dan mudah untuk anda ingat. Boleh lihat gambar di bawah ini maklumat yang perlu anda isi.


Setelah selesai, pengaktifan anda pun telah siap! Anda boleh terus login ke dalam akaun anda menggunakan ID dan password yang baru. 

Layari portal rasmi KWSP untuk log masuk: login i-Akaun KWSP

MUAT TURUN APLIKASI KWSP UNTUK LEBIH MUDAH
MAKLUMAT & INFO LANJUT

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT SEMAKAN PENYATA KWSP?
  • Buat semakan melalui i-Akaun KWSP.
ADAKAH WAJIB MEMPUNYAI i-AKAUN UNTUK MEMBUAT SEMAKAN PENYATA KWSP?
  • Ya wajib. Perlu ada i-Akaun untuk membuat semakan.
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMPUNYAI i-AKAUN?
  • Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan KWSP.
SAYA TERLUPA KATA LALUAN i-AKAUN KWSP. APA PERLU SAYA BUAT?
APAKAH TUJUAN HADIR KE PEJABAT KWSP?
  • Untuk membuat pengesahan cap jari BIOMETRIK


Post a Comment

0 Comments