TERKINI

6/recent/ticker-posts

Info Program Subsidi Upah 3.0 : Mohon RM600 Setiap Pekerja Sekarang



Untuk makluman anda semua, Program Subsidi Upah atau dipanggil sebagai PSU merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang meraih pendapatan RM4,000 ke bawah.

Program Subsidi Upah ini tertumpu untuk membantu majikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat sekaligus mengelakkan pekerja hilang sumber pendapatan.

Menerusi PSU 3.0 pertama yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, sektor pengkhususan yang terlibat dalam program ini ialah sektor pelancongan dan peruncitan sahaja.

Namun, PSU 3.0 PERMAI pula lebih menyeluruh kepada semua sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan PKP.

Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan dengan lebih terperinci mengenai kaedah permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 ini :


Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan : t.me/epermohonan


INFO PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0
  • Tarikh Permohonan : 19 Januari - 30 Jun 2021
  • Tempoh Subsidi : 3 bulan tambahan
  • Had Bilangan Pekerja : 500 pekerja
  • Sektor Pengkhususan : Semua sektor yang terjejas
KRITERIA KELAYAKAN 

Majikan yang ingin membuat permohonan Program Subsidi Upah 3.0 boleh menyemak kriteria kelayakan serta faedah yang bakal diterima melalui jadual di bawah :

SAIZ PERUSAHAAN,HAD BILANGAN PEKERJA & KADAR BAYARAN


SYARAT KELAYAKAN BAGI PERUSAHAAN


APAKAH SYARAT TAMBAHAN YANG DILETAKKAN DI BAWAH PSU 3.0?

Antara syaratnya ialah :
  • Hanya perusahaan dalam sektor pelanconngan dan runcit sahaja yang layak memohon PSU 3.0
  • Golongan industri ini adalah antara industri yang tidak dapat dibuka sepenuhnya akibat penularan wabak COVID-19.
  • Misalnya,aktiviti perhotelan,penerbangan,agensi-agensi pelancongan,pemborongan dan penjualan runcit,perdagangan di kedai,gerai ataupun pasar.
  • Senarai aktiviti sektor yang berkaitan telah pun diperincikan di portal www.futurejobs.gov.my
SIAPAKAH YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PSU 3.0 INI?
  • Majikan serta pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2020
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021.
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Majikan yang bukan daripada sektor pelancongan dan runcit.
  • Pekerja yang bergaji melebihi RM4000 bulanan.
  • Pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan.
  • Pekerja yang telah dibayar gaji di bawah program PenjanaKerjaya (Hiring Incentive)\
  • Pekerja sektor awam,badan berkanun yang diasingkan saraan,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate) dan
  • Majikan yang telah menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan PERKESO.

CARA PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Berikut dikongsikan senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Program Subsidi Upah 3.0
  • Senarai nama ahli pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang telah didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan pastikan nombor BRN dan nombor akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain lain pertubuhan dan
  • Akuan Pengisytiharan PSU 3.0
Permohonan hendaklah dikekumakan di portal berikut 


INFO LANJUT 

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Program Subsidi Upah 3.0,anda boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000


Post a Comment

1 Comments

  1. Saya ni betul-betul saya kerja tak ada orang sayang mak bapa tak ada adik-beradik siapa pun tak ada sayang bujang lagi tapi saya punya motor punya orang banyak control kau orang punya pasal dia sekarang kerja pun tak ada tapi dia tutup lampu tu telefon semua tutup dekat-dekat sini ok hotel punya duit RM1 ribu lebih dah macam mana saya nak bayar saya tak tahu bagaiman tak ada bagi duit untuk saya

    ReplyDelete