TERKINI

6/recent/ticker-posts

Info BPR 2021: Kemaskini & Cara Membuat Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat

 

Tahukah anda? Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada Pembentangan Belanjawan 2021. Pada kali ini, bantuan yang diberikan kali ini adalah tertumpu kepada mereka yang benar-benar layak bagi membantu menjalani kehidupan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Berikut dikongsikan kepada anda butiran lengkap bagi permohonan ini :

Untuk pengetahuan anda, permohonan dan kemaskini telah dibuka pada 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

KWSP turut membenarkan pengeluaran akaun 1 RM500 setiap bulan di samping RM500 dari akaun 2 i-Lestari

INFOGRAFIK JUMLAH BANTUAN

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan


KATEGORI DAN JUMLAH BANTUAN

Berikut kami kongsikan senarai kategori yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat kali ini. Terdapat 4 kategori yang layak menerima bantuan berserta kadar bantuan yang tertentu iaitu:

1. ISI RUMAH B40 (GAJI BAWAH RM2,500)
  • Jumlah Bantuan : RM1,200 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
  • Jumlah Bantuan : RM1,800 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
2. ISI RUMAH B40 (GAJI RM2,501 - RM4,000)
  • Jumlah Bantuan : RM800 (jika mempunyai seorang anak)
  • Jumlah Bantuan : RM1,200 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
3. ISI RUMAH M40 (GAJI RM4,001 - RM5,000)
  • Jumlah Bantuan : RM500 (jika mempunyai seorang anak)
  • Jumlah Bantuan : RM750 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
4. BUJANG (GAJI RM2,500 KE BAWAH)
  • Jumlah Bantuan : RM350 (mestilah berumur 21 tahun ke atas)

KATEGORI & SYARAT KELAYAKAN PEMOHON


CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU

Kepada penerima BSH tahun 2020 yang telah lulus, anda hanya perlu mengemaskini maklumat secara atas talian (online) atau cara manual dengan menggunakan borang. 

Kepada anda yang layak tetapi tidak pernah menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 sebelum ini bolehlah membuat permohonan baru mengikut langkah yang diberikan:

PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
  1. Layari portal rasmi BPR iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat di Google Play Store/ App Store pada telefon bimbit anda.
PERMOHONAN SECARA MANUAL (MELALUI BORANG)
  1. Anda boleh pergi ke cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Pusat Tranformasi Bandar (UTC) atau;
  2. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau;
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau;
  4. Pejabat Daerah/ Pejabat Residen
MUAT TURUN BORANG: klik DISINI

PENGHANTARAN SECARA POS

Peti Surat BPR
GPO Shah alam
40800 Selangor

NOTA: Penghantaran secara e-mel dan faks adalah tidak diterima

TARIKH BAYARAN

Menurut info BERNAMA, bayaran pertama akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021


MAKLUMAT LANJUT






Post a Comment

0 Comments