Selain itu,program ini membolehkan golongan belia yang menganggur serta tidak mempunyai kerja tetap untuk menimba pengalaman bekerja bagi meningkatkan kemahiran melalui on-the-job training.
Berikut kami kongsikan mengenai PenjanaKerjaya 2.0 yang perlu anda tahu.
Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan : t.me/epermohonan
APA ITU PENJANAKERJAYA 2.0
Penjanakerjaya merupakan program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau kata lain PERKESO bagi memberi peluang menimba pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada belia.
OBJEKTIF PROGRAM
Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
INSENTIF PERANTISAN
Insentif yang diterima bagi majikan/perantis program ini termasuklah:
- Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
- Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
- Gaji/elaun minimum adalah RM1,200 sebulan
- Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
- Pekerja juga layak menerima elaun kesediann kerja/bantuan
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk menyertai Program PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah
- Warganegara Malaysia
- Lepasan sekolah/graduan berumur 18-30 tahun
- Calon yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
- Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun
KRITERIA TAMBAHAN
- Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs
- Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
- Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja,sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai kerja tetap
Baca Juga : Senarai Contoh Golongan Pekerja Yang Layak Menerima Kategori 1 i-Sinar KWSP ~ Wajib Anda Tahu
TARIKH PERMOHONAN PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA 2.0
- Bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021
CARA PERMOHONAN
Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php
Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan,sila daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melaui portal MYFutureJobs
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang info lanjut,klik DISINI
0 Comments