PERINCIAN BAGI KATEGORI 2
Untuk pengetahuan anda,ianya terbuka kepada ahli yang masih lagi bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji bersih) sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas bulan Mac 2020)
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan serta
- Notis berhenti atau pemotongan elaun / tuntutan kerja lebih masa.
- Penyata bank juga boleh diberikan

TARIKH PERMOHONAN
- Permohonan bagi kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021
- Tarikh tutup permohonan belum dinyatakan lagi buat masa sekarang
CARA PERMOHONAN
- Pemohon hanya perlu memuat naik dokumen sokongan secara online bermula pada 11 Januari 2021 melalui laman web rasmi i-Sinar KWSP - klik DISINI
- Pemohon mestilah mengambil gambar melalui telefon bimbit sahaja pun boleh namun sila pastikan bahawa gambar tersebut terang dan senang dibaca.
- Sila letakkan posisi kamera anda berada betul-betul di atas dokumen hendak imbas.
- Pastikan anda mengambil gambar di tempat yang terang ataupun menggunakan flash jika perlu untuk memastikan gambar yang anda ambil adalah jelas.
SENARAI CONTOH KRITERIA PEMOHON BAGI KATEGORI 2
Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) telah pun mengeluarkan senarai contoh kriteria kelayakan beserta dokumen sokongan yang perlu anda sediakan. Anda boleh rujuk di bawah👇
1. Pengawal Keselamatan
KAEDAH BAYARAN- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dilakukan bermula pada pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada para pencarum dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dilakukan. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya selepas keluusan diberi.
0 Comments