TERKINI

6/recent/ticker-posts

Info PTPTN : Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Covid19 (Jan-Mac 2021)

INFO PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 2021 (COVID-19)

Kepada semua peminjam PTPTN, seperti yang dimaklumkan, semua peminjam PTPTN telah diberikan lampu hijau bagi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020 semasa negara dilanda pandemik Covid-19.

Namun begitu,terdapat beberapa syarat kelayakan penangguhan bayaran balik PTPTN. Kami dari Utusan Kerjaya akan berkongsi mengenainya. Sila baca dengan teliti.

SYARAT KELAYAKAN PENANGUGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Kategori Peminjam PTPTN yang layak adalah seperti berikut :
  1. Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik Covid-19 dan
  2. Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik Covid-19.
CARA MEMOHON

Kepada semua peminjam PTPTN, anda boleh mengemukakan permohonan anda melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Berikut dikongsikan langkah membuat permohonan penangguhan PTPTN 2021:
  1. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di portal rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19/
  2. Peminjam juga dikehendaki untuk mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat akuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.
  3. Tiada sebarang dokumen diperlukan.
  4. PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.
NOTA : Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

BERAPA LAMAKAH TEMPOH PENANGGUHAN PTPTN 2021?

Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan dilaksanakan.

Penangguhan adalah selama 3 bulan, sila rujuk jadual di bawah :

NOTA :
  • Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima sebelum kelulusan pelanjutan penangguhan.
  • Contoh: Peminjam telah membuat bayaran balik pada bulan 15 Februari 2021 dan memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik pada 20 Februari 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan 15 Februari 2021 tidak akan dipulangkan.
PENJADUALAN SEMULA

Peminjam yang diluluskan penjadualan semula di dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah tidak layak menangguhkan bayaran balik dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji atau Direct Debit.

Pelanjutan penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan.

Contoh:
  • Peminjam diluluskan pelanjutan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2021.
  • Sekiranya peminjam membuat rundingan bayaran balik seperti penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan dalam tempoh pelanjutan penangguhan (Mac – Mei 2021), kelulusan pelanjutan penangguhan akan dibatalkan.
INFO LANJUT

Untuk maklumat lanjut berhubung permohonan penangguhan PTPTN 2021, sila rujuk saluran berikut:

2. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000

Sumber : harianpost.my

Post a Comment

0 Comments