TERKINI

6/recent/ticker-posts

GKP Tambahan PERMAI: Bantuan Tambahan RM1,000 dan RM500 Buat Peniaga Seluruh Malaysia



Pada era pandemik ini, para-para peniaga dan penjaja adalah golongan yang sangat terjejas semejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pendapatan mereke juga semakin merosot serta hasil makin kurang hari demi hari.

Oleh hal demikian, pihak kerajaan sedar dan cakna terhadap situasi yang ditempuhi oleh golongan peniaga ini. Kerajaan telah tampil dengan satu solusi untuk membantu dan 
meringankan beban golongan peniaga.

Menerusi pembentangan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri, kerajaan telah bersetuju untuk
memperluaskan lagi inisiatif Geran Khas Prihatin Tambahan yang melibatkan para peniaga &
PKS di seluruh negeri di Malaysia.

Sebanyak RM650 juta peruntukan tambahan inisiatif GKP Tambahan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan juga akan memperluaskan GKP Tambahan ini kepada 800,000 ribu peniaga kecil dan sederhana (PKS).


JUMLAH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN (PERMAI)
  • PKS di negeri PKP - RM1,000
  • PKS di neegeri lain (PKPB & PKPP) - RM500
DEFINISI GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN (GKP TAMBAHAN) DI BAWAH PAKEJ PERMAI

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan bantuan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 & GKP 2.0) sebelum ini.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GKP TAMBAHAN?

GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN GKP DIBUAT?

Tarikh Bayaran GKP Tambahan akan dibuat bermula pada bulan Mac 2021.

KAEDAH PEMBAYARAN GKP INI DILAKSANAKAN

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang memiliki akaun bank yang aktif sahaja.

MAKLUMAT TAMBAHAN 

Untuk maklumat terkini berkaitan Geran Khas Prihatin Tambahan ini, anda boleh melayari laman web gkp.hasil.gov.my bagi mendapatkan info terkini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para peniaga kecil dan PKS meringankan beban mereka. Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments