TERKINI

6/recent/ticker-posts

PERMAI: Cara Memohon SIP Prihatin Permai Sehingga 9 Bulan


Untuk pengetahuan anda, PERKESO telah mewujudkan satu inisiatif dan membuat satu penambahbaikan melalui Pakej Bantuan Khas 2021 atau PERMAI melalui skim SIP PRIHATIN PERMAI yang disediakan sehingga 9 bulan untuk membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan yang baru.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

SIP PRIHATIN PERMAI

Melalui pembentangan Pakej Bantuan Khas 2021 PERMAI, beberapa penambahbaikan untuk SIP Prihatin PERMAI telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri iaitu:
  • Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum atau tidak dilanjutkan  kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya tiga kali, akan dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN.
  • Mereka akan dibenarkan memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30% daripada pendapatan 3 bulan.
TARIKH PERMOHONAN SIP PRIHATIN PERMAI
  • Permohonan boleh mula dibuat pada 1 Januari 2021
Tempoh bagi tarikh permohonan adalah sehingga 31 Disember 2021 dan ianya melingkungi pekerja yang hilang pekerjaan (LEO) iaitu:
  • 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021
SYARAT PERMOHONAN SIP PRIHATIN PERMAI

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18-60 tahun
  • Bekerja dalam sektor swasta
  • Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
NOTA: Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum. Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, perkhidmatan domestik dan bekerja sendiri tidak diliputi Akta SIP.


SYARAT PERMOHONAN UNTUK MEMOHON SEMUA JENIS FAEDAH SIP PRIHATIN PERMAI

Syarat yang perlu dipenuhi adalah:
  • Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan.
  • Hilang juga pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.

DOKUMEN PENTING PERMOHONAN

DOKUMEN UTAMA (Bagi permohonan kali pertama sahaja)
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya)
  3. Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerja)
  4. Salinan penyata gaji bukan kehilangan pekerjaan (jika ada)
  5. Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon
DOKUMEN SOKONGAN
  1. Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb)
  2. Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak.
  3. Lain-lain dokumen bukti berkaitan dengan kes.
NOTA: Tiada dokumen utama nombor 2,3,4 dan 5? Sila lakukan pengisytiharan diri di Portal Faedah SIP semasa membuat permohonan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di saluran berikut:
  • 1 300 22 8000
  • Emel: eis@perkeso.gov.my

Post a Comment

0 Comments