TERKINI

6/recent/ticker-posts

Info i-Sinar KWSP : Maklumat Terkini Tarikh, Status Dan Pembayaran Interim RM1,000 i-Sinar KWSP Kategori 2 ~ Ahli KWSP Wajib Tahu

 

Tahukah anda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan berjumlah RM1,000 bagi permohonan i-Sinar Kategori 2?

Semasa pengumuman Pakej Bantuan Khas berlangsung, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daya usaha itu adalah bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia.

Sebanyak RM1,000 akan dibayar secara interim kepada pemohon-pemohon kategori 2.

Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan maklumat lanjut berkaitan i-Sinar kategori 2.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

APA SEBENARNYA PEMBAYARAN INTERIM NI?

Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh pihak KWSP.


TARIKH BAYARAN INTERIM KATEGORI 2

Pembayaran interim i-Sinar Kategori 2 akan bermula pada 26 Januari 2021


CONTOH SITUASI PEMBAYARAN INTERIM I-SINAR KATEGORI 2


CONTOH PENGELUARAN PEMBAYARAN RM10,000 i-SINAR KATEGORI 2


CARA PERMOHONAN & DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN



i-Sinar Kategori 2 berbeza sedikit kerana permohonannya memerlukan doukumen sokongan berbanding kategori 1 yang mendapat kelayakan secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN BAGI i-SINAR KWSP KATEGORI 2
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan DAN
  • Notis pemberitahuan atau pemotongan elaun atau tututan kerja lebih masa
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI i-SINAR KATEGORI 2

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama dengan rakan-rakan anda.

Post a Comment

0 Comments