TERKINI

6/recent/ticker-posts

Permohonan Skim Bantuan Persekolahan Zakat 2021 Perak ~ Mohon Segera!

 

Untuk makluman anda,bagi penduduk keluarga negeri Perak yang kurang berkemampuan serta mempunyai anak-anak kecil yang masih bersekolah pada tahun 2021,anda boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan panduan permohonan Skim Bantuan Persekolahan Zakat 2021 Perak. Sila baca dengan teliti :

SYARAT UMUM SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 
  1. Pemohon atau penerima mestilah beragama Islam
  2. Pemohona atau penerima mestilah warganegara Malaysia atau penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil)
  3. Pemohon atau penerima perlu bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)
  5. Pemohon atau penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
KUMPULAN SASARAN BAGI SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN
  • Fakir
  • Miskin


CARA MEMOHON
  • Untuk memohon,pemohon perlu mendapatkan borang permohonan Skim Bantuan Persekolahan di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
  • Lokasi : Pejabat Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak adalah seperti berikut 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1,Kompleks Islam darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
3000 Ipoh,Perak

SOALAN LAZIM

1. Jika anak saya lahir di Negeri Perak tetapi sekarang kami tinggal di Negeri Selangor, adakah saya boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan ini?

Tidak. Pemohon perlulah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Perak bagi melayakkan menerima skim bantuan ini.

2. Saya telah menerima bantuan daripada sebuah yayasan untuk menanggung persekolahan anak saya. Adakah saya boleh memohon skim bantuan ini?

Jika bantuan tersebut masih tidak mencukupi, sila berurusan ke pejabat MAIPk.

3. Bagaimanakah saya ingin mengetahui had kifayah keluarga saya?

Anda boleh menghubungi atau terus ke pejabat MAIPk untuk mengetahui mengenai perkara ini.

4. Adakah skim bantuan ini termasuk bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang belajar di universiti?

Tidak. Skim Bantuan Persekolahan ini hanya untuk anak-anak yang masih bersekolah sahaja.

MAKLUMAT & INFO LANJUT 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut,sila hubungi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak di talian 05-208 4000 atau menghantar email ke korporat @maiamp.gov.my

Post a Comment

0 Comments