Berikut dikongsikan segala perisian maklumat berkenaan permohonan bantuan deposit sewa rumah serta sewa bulanan.
Bantuan Lain : Bantuan Awal Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia RM100.00 Untuk Murid-Murid Tahun 1 Sehingga Tingkatan 5 Secara One-Off
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut merupakan kriteria wajib yang perlu ada sebelum melakukan sebarang permohonan:
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Merupakan warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan had Al-Kifayah (Rujuk pengiraan DISINI)
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Borang permohonan
2. Satu keping gambar pemohon berukuran passport (Menutup aurat bagi kaum perempuan)
3. Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang sudah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat pula,anda perlu sertakan bersama surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan sekali bersama surat akuan sumpah jagaan. (Contoh surat akuan : klik DISINI)
4. Satu salinan pendapatan pendapatan / pencen / PERKESO. Bagi anda yang tidak mempunyai slip gaji, anda perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (Contoh surat akuan sumpah pendapatan : klik DISINI)
- Kepada mereka yang menetap di Labuan, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang telah disahkan oleh ketua kampung.
6. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
7. Satu salinan surat perjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
8. Sati salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.
DOKUMEN LAIN (JIKA DIPERLUKAN)

HANTAR PERMOHONAN ANDA
Semoga artikel ini memberi manfaat.
0 Comments