TERKINI

6/recent/ticker-posts

RASMI : GKP Rayuan 2.0 Dibuka Pada Tarikh 07 Disember 2020 ~ Rujuk Panduan Lengkap Permohonan

 

Berita gembira buat mereka yang tidak lulus permohonan GKP 2.0 kerana anda masih berpeluang untuk membuat rayuan GKP 2.0 pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 7 Disember 2020. Ikuti perkongsian di bawah daripada pasukan Salam Kerjaya untuk ketahui maklumat lanjut berkenaan tarikh rayuan GKP 2.0 dan cara melakukan permohonan rayuan GKP 2.0

BILAKAH TARIKH RAYUAN GKP 2.0 DIBUKA?

Untuk pengetahuan anda, tarikh rayuan bagi GKP 2.0 telah ditetapkan dalam tempoh 14 hari yang mana bermula pada 07 Disember - 21 Disember 2020 ini.

SYARAT RAYUAN GKP 2.0

Bagi individu yang ingin melakukan rayuan GKP 2.0, anda mestilah memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Berdaftar PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Ogos 2020
TATACARA MEMBUAT RAYUAN GKP 2.0

Segala permohonan rayuan pada tarikh rayuan GKP 2.0 yang telah ditetapkan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal berikut

https://gkp.hasil.gov.my/

Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruang yang telah disediakan dan klik pada tanda SEMAK. Status anda akan dipaparkan dan sila klik pada butang RAYUAN.

Untuk permohonan rayuan GKP 2.0, anda mestilah memuat naik dokumen yang berkaitan dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

Post a Comment

0 Comments