TERKINI

6/recent/ticker-posts

Info Bantuan BSH: Tuntutan Bantuan Khairat Kematian RM1000 Kepada Waris Yang Layak

 

APA ITU SKIM KHAIRAT KEMATIAN?

Skim Khairat Kematian adalah merupakan skim yang menggantikan Insurans Takaful Berkelompok,juga dikenali sebagai (i-BR1M) yang telah dilaksanakan pada sekitar tahun 2014 khusus untuk penerima BR1M.

Sehubungan dengan itu,setiap pemohon BSH perlu mengisi pada ruangan Bahagian Maklumat Waris supaya tuntutan boleh dibuat sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini yang menyebabkan kematian. Hal ini kerana hanya WARIS YANG BERDAFTAR SAHAJAboleh menuntut skim khairat BSH.

INDIVIDU YANG LAYAK MENJADI WARIS
  1. Ibu
  2. Bapa
  3. Pasangan
  4. Anak
  5. Adik-beradik
  6. Cucu
RM 1000 ini akan diberikan kepada WARIS secara "one-off".

Penerima Skim Khairat Kematian ini hanya untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas sahaja.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
  • Sijil Kematian asal atau salinan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Kad pengenalan asal waris
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
PANDUAN MEMBUAT TUNTUTAN
  1. Hanya waris yang berdaftar dan sah sahaja yang boleh membuat tuntutan ini.
  2. Waris perlulah hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) 
  3. Sekiranya tiada sebarang masalah mengenai dokumen sokongan,pemberian RM1000 akan diberikan kepada waris sekaligus
NOTA
  1. Sekiranya waris berdaftar telah pun meninggal dunia,waris lain perlu membuat permohonan dengan mengisi Borang Kemas Kini Maklumat Waris (BK-20)
  2. Sekiranya pewaris mengalami kesukaran untuk hadirkan diri ke Bank Simpanan Nasional atas sebab-sebab tertentu,waris boleh beri keizinan kepada waris baru untuk mengemukakan pertukaran waris dari waris asal.
MAKLUMAT LANJUT SERTA PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai bantuan Khairat Kematian BSH ini, anda boleh terus menghubungi Hotline BSH LHDNM di talian 1800 88 2747.


SUMBER;jawatanmalaysia.net


Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum, saya hendak bertanya tentang SKK kepada penerima BSH untuk tahun 2021,Jika penerima meninggal dunia pada bulan Januari 2021 adakah waris yg sah layak memohon.
    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Askum..saya nak tnya macam mana nak buat tuntutan bantuan kairat kematian..saya nak tuntut hak ibu saya baru meningal..dah 4 hari saya usaha masih tak lagi..sampai prgi pejabat tapi tak boleh masuk sebab pkp..

    ReplyDelete