TERKINI

6/recent/ticker-posts

i-Sinar KWSP: Semakan Tarikh Serta Permohonan Pengeluaran Akaun 1 RM10,000 KWSP

KUALA LUMPUR, MALAYSIA : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan satu informasi mengenai kemudahan pengeluaran i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP pada beberapa hari lepas.

Badan organisasi itu dalam kenyataan baharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas akibat pandemik Covid-19.


Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan info pengeluaran i-Sinar mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh KWSP.

KATEGORI 1

Tarikh Permohonan : 21 Disember 2020
Dokumen Sokongan : Tidak Diperlukan

Permohonan ini hanya dikhaskan bagi ahli seperti di bawa :
  • Ahli yang sudah lama tidak mencarum
  • Suri Rumah
  • Bekerja Sendiri
  • Bekerja di Sektor Ekonomi GIG
  • Hilang Pekerjaan
  • Cuti Tanpa Gaji
  • Hilang Sumber Pendapatan 
INFO PENTING : Ahli yang tiada caruman sekurang-kurangnya DUA BULAN BERTURUT-TURUT semasa permohonan.

KATEGORI 2

Tarikh Permohonan : 11 JANUARI 2021
Dokumen Sokongan : Perlu Disetakan

Permohonan ini hanya dikhaskan bagi ahli seperti di bawa :

1. Ahli yang mengalami Pengurangan pendapatan Keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (Jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 MAC 2020.

INFO PENTING :
Jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.


APA ITU DOKUMEN SOKONGAN?

Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan & Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

3 TIPS UNTUK MELANCARKAN URUSAN PERMOHONAN i-SINAR ANDA

1. Pastikan anda telah MENDAFTAR i-Akaun terlebih dahulu.
2. Pastikan nombor telefon anda DIKEMASKINI di kios atau cawangan KWSP.
3. Pastikan akaun bank milik anda AKTIF.

PROSEDUR PERMOHONAN

Bagi kategori 1, pemohon boleh membuat permohonan i-Sinar seperti berikut:
1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
2. Tiada dokumen sokongan diperlukan.
3. Kelulusan diberikan secara automatik melalui data dalam KWSP.
4. Pembayaran akan dilakukan bermula pertengahan Januari 2021.

SOALAN LAZIM I-SINAR 

1. Apa itu i-Sinar?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

2. Apakah kriteria untuk saya memohon i-Sinar?

Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:

3. Bila dan bagaimanakah saya boleh memohon i-Sinar?

A. Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
B. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
C. Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

4. Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?

  • Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  • Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
          -Masih aktif
          -Milik anda
          -Bukan akaun bersama

Nota:
  1. Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  2. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
5. Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?

Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

6. Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
7. Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:


8. Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

Anda tidak perlu membayar semula.

9. Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?

Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

1 Comments

  1. Hi.. Nak tanya, bagi yang kehilangan kerja sejak bulan February ,namun bekerja semula bulan July ,itu ialah termasuk kategori pertama atau kedua?

    ReplyDelete