TERKINI

6/recent/ticker-posts

Panduan Permohonan & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan - 3 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Memohon

 

Untuk makluman anda semua,pengeluaran ini telah diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memantu mengurangkan beban pencarum KWSP ketika pandemik Covid-19 melanda negara. Pengeluaran ini adalah sebanyak RM500 sebulan.

PERMOHONAN i-LESTARI KWSP RM500 SEBULAN




Semua pencarum boleh membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksima RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP tertakluk kepada baki akaun pencarum.

Para pencarum serta ahli akan menerima wang tersebut bermula daripada tarikh kelulusan sehingga tamat tempoh kuatkuasa pengeluaran i-Lestari pada 31 Mac 2021. Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, para pencarum ataupun ahli tersebut adalah tidak layak untuk memohon kerana mereka telah pun layak untuk membuat pengeluaran umur 55 tahun.

Ahli juga turut boleh melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari secara atas talian, email ataupun pos. Ahli juga boleh membuat permohonan pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 bermula pada 21 Disember 2020.

PERMOHONAN i-LESTARI SECARA ATAS TALIAN

Berikut dikongsikan cara serta kaedah untuk melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari secara online:
  1. Pertama sekali,sila layari portal rasmi i-Lestari (klik DISINI) dan klik pada pautan permohonan baru.
  2. Sila masukkan nama penuh seperti dalam kad pengenalan,nombor MyKad,nombor telefon,alamat email (jika ada) serta alamat surat menyurat.
  3. Pilih amaun pengeluaran yang hendak dikeluarkan.
  4. Sila pilih nama bank dan masukkan nombor akaun simpanan/semasa. Sila pastikan bahawa akaun simpanan/semasa anda masih aktif.
  5. Sila klik pada perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.
  6. Klik pada kotak 'saya bukan robot' (reCAPTCHA) dan klik pada butan HANTAR.
PERMOHONAN MELALUI E-PENGELUARAN KWSP




Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan melalui e-pengeluaran KWSP:
  1. Log masuk ke i-Akaun (ahli)
  2. Pilih tab pengeluaran
  3. Klik pada pautan e-pengeluaran
  4. Klik pada pautan permohonan baru
  5. Pilih pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi
PERMOHONAN MELALUI POS/SURAT MENYURAT

Berikut adalah merupakan cara permohonan secara pos (manual):

1. Sila muat turun BORANG PERMOHONAN i-LESTARI terlebih dahulu.
2. Sila lengkapkan borang beserta tandatangan atau cap ibu jari kiri dan kanan.
3. Sila sertakan dokumen berikut semasa permohonan:
  • Salinan MyKad (depan dan belakang) yang jelas.
  • Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia).
  • Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang AKTIF
Kemudian, anda boleh hantarkan permohonan tersebut beserta dokumen tadi ke alamat berikut:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya.
(UP : i-Lestari)

SEMAKAN PERMOHONAN i-LESTARI

Ahli boleh terus membuat semakan permohonan selepas 2 hari dari terikh memohon.



1. Ahli boleh membuat semakan di Portal Semakan i-Lestari KWSP.
2. Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.
3. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK.

SEMAKAN PEMBAYARAN

1. Ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan ke dalam akaun.
2. Bagi yang mendaftar menggunakan e-Pengeluaran, ahli boleh login ke i-Akaun untuk membuat semakan bayaran.
3. Sekiaranya ahli tidak menerima apa-apa bayaran pada bulan itu, sila hubungi hotline KWSP 03 8922 6000.

Post a Comment

0 Comments