TERKINI

6/recent/ticker-posts

Cara Daftar Online Murid Tahun 1 2021 Dan 2022 Di Seluruh Negara ~ Ibu Bapa Wajib Tahu

 

Untuk makluman anda,bagi yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2014 yakni berumur 6 tahun pada 2020, yang lahir pada 2015 kini sudah berumur 5 tahun pada 2020 atau yang lahir pada 1 Januari 2016 kini berumur 4 tahun pada 1 Januari 2020, berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk mendaftar secara online murid tahun 2021 dan tahun 2020.

PENGENALAN

Ibu bapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran permohonan kemasukan ke tahun satu (1) ambilan tahun 2020 untuk anak/jagaan mereka kini boleh membuat semakan keputusan permohanan tersebut.

PENGENALAN SPATKPM. APAKAH SPATKPM?

Ianya merupakan Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pelajaran Malaysia ini diperkenalkan terutama kepada ibu bapa semasa membuat permohonan serta pendaftaran anak mereka ke tahun 1 tanpa mengisi borang manual.

PENDAFTARAN KALI PERTAMA

Bagi ibu bapa atau penjaga yang belum pernah menggunakan sistem SPATKPM perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) menggunakan ID pengenalan penjaga.

MURID YANG LAYAK MENDAFTAR KEMASUKAN DARJAH 1 BAGI TAHUN 2020/2021

TAHUN KEMASUKAN
  • 2020 (Untuk kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2013 - 1/1/2014)
  • 2021 (Untuk kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2014 - 1/1/2015)
TARIKH PERMOHONAN PELAJAR DARJAH 1 AMBILAN SESI 2020-2021 MOE MALAYSIA

Pendaftaran Awal
Dibuka : 1 Mac 2019
Ditutup : 30 April 2019

Pendafatran Lewat
Dibuka : 1 Mei 2019
Ditutup : 25 Disember 2019

CARA PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 YANG IBU/BAPA WAJIB TAHU

1. Layari portal rasmi KPM di https://public.moe.gov.my/ untuk membuat pendaftaran atas talian.
2. Jika anda merupakan pengguna baru,anda perlu klik pada butang "pengguna baru" dan isi segala maklumat yang diminta.
3. Anda perlu mencetak semua segala borang yang telah siap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Sijil lahir anak (Salinan+Asal)
2. Kad pengenalan ibu bapa (Salinan+Asal)
3. Surat nikah (Salinan+Asal)
4. Apa-apa bil yang mempunyai alamat tempat tinggal anda
5. Sampal surat standard dan setem
6. Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
7. Semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

Nota Tambahan :

Ibu bapa perlulah lebih peka dan cakna dengan tarikh semakan status permohonan. Jika permohonan anda berjaya,anda boleh proses ke no 3 dan 4. Jika tidak anda perlu untuk membuat rayuan dengan segera.


Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda membantu memudahkan urusan pendaftaran anak anda.

Sumber: Munirah Jamaluddin & lawaksiyot.com


 



Post a Comment

0 Comments