TERKINI

6/recent/ticker-posts

Info Permohonan Bantuan Golongan B40,Calon SPM&STPM Tahun 2021

INFO PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Apakah itu Program Jaringan Prihatin? Program Jaringan Prihatin adalah merupakan salah satu usaha kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat dek terpaksa melanggan internet bagi tujuan pembelajaran atau pekerjaan dari rumah.

Program Jaringan Prihatin ini telah membelanjakan sebanyak RM1.5 billion yang bakal dimanfaatkan 8 juta penduduk daripada golongan berpendapatan rendah (B40).

Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan senarai Program Jaringan Prihatin 2021

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan : t.me/epermohonan

SENARAI PROGRAM JARINGAN PRIHATIN TAHUN 2021

Golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40),calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara akan berpeluang menikmati kemudahan internet yang lebih baik melalui pelbagai inisiatif yang bakal dilakukan oleh Kerajaan pada suku tahun pertama 2021.

Berikut adalah senarai Program Jaringan Prihatin yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan:
  • 6 syarikat telco di Malaysia iaitu Maxis,Digi,Celcom,U mobile,Telekom Malaysia(TM) serta TIME akan menawarkan rangkaian WIFI percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara pada akhir bulan April 2021.
  • Waktu operasi Pusat Internet Komuniti(PIK) akan dilanjutkan iaitu dari pukul 9:00 pagi sehingga 9:00 malam.
  • Kerajaan serta kerjasama pihak industri akan melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 seperti yang dibentangkan ketika Belanjawan 2021. Program ini bermula Mac 2021 dan melibatkan peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang (RM15 sebulan) atau subsidi bagi menampung sebahagian kos pembelian peranti pintar kepada golongan B40.
  • Pemberian data sebanyak 1GB Percuma yang terdahulunya akan tama pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan sehingga bermula program subsidi Jaringan Prihatin.
  • Syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan memperkenalkan tawaran pakej Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga tamat peperiksaan pada akhir 2021.Pakej ini dijangka akan ditawarkan mulai 6 Januari 2021 dan maklumat lanjut boleh didapati di lama web MCMC dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.

PAKEJ DATA KHAS SPM/STPM 2021

Satu lagi kemudahan diberikan kepada calon-calon yang menduduki SPM,STPM untuk menikmati kemudahan internet.

Berikut adalah senarai kemudahan yang disediakan dalam PAKEJ DATA KHAS SPM/STPM 2021:
  • 5 syarikat telekomunikasi iaitu Celcom,Digi,Maxis,U Mobile dan Telekom Malaysia(TM) akan menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari bermula 6 Januari 2021.
  • Program Learning From Home(LFH) oleh syarikat YTL telah dilanjutkan sehingga berakhirnya peperiksaan SPM dan STPM. Melalui LFH,pakej percuma dan kad SIM juga ditawarkan kepada para pelajar diseluruh negara.Para pelajar daripada golongan B40 juga boleh memohon untuk mendapatkan telefon bimbit secara percuma.
  • Senarai kelas dalam talian percuma anjuran syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan adalah seperti berikut:

MAKLUMAT LANJUT SERTA  PERTANYAAN

Sila rujuk portal MCMC di https://www.mcmc.gov.my/en/home


 

 

Post a Comment

0 Comments