TERKINI

6/recent/ticker-posts

Lupa ID Serta Kata Laluan? Ketahui Cara "RESET" Password i-Akaun KWSP

 

Sudah tentu ramai ahli KWSP yang sering lupa kata laluan akaun mereka yang menyebabkan pencarum tidak dapat log masuk. Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan cara "RESET" kata laluan i-Akaun KWSP bagi kes ahli yang LUPA ID/KATA LALUAN.

Baca Juga : Lengkapkan 3 Perkara Ini Untuk Permohonan i-SINAR KWSP Anda Jadi Lebih Mudah

KRITERIA PENUKARAN ID/KATA LALUAN

Pastikan anda mempunyai;
  • Mempunyai i-Akaun KWSP
  • Merupakan Ahli KWSP
  • Mempunyai nombor telefon yang AKTIF dan BERDAFTAR dengan i-Akaun KWSP untuk urusan permohonan TAC
Sebelum menekan butang LUPA ID/KATA LALUAN,ahli perlu mendaftarkan nombor telefon terlebih dulu bagi tujuan penerimaan TAC. Pendaftaran nombor telefon bimbit boleh dilakukan dimana-mana kiosk atau cawangan KWSP yang berhampiran dengan anda.

PANDUAN RESET ID/KATA LALUAN i-AKAUN KWSP

Berikut adalah langkah-langkah untuk reset ID/KATA LALUAN i-Akaun KWSP
  1. Layari portal rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  2. Pilih log masuk ke i-Akaun (Ahli)
  3. Klik pada pautan LUPA ID PENGGUNA/KATA LALUAN?
  4. Pilih salah satu pilihan yang diberikan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
  5. Sila isi nombor kad pengenalan ahli atau nombor EPF (Nombor Ahli KWSP)
  6. Klik pada pautan permohonan pautan permohonan TAC bagi mendapatkan nombor TAC
  7. Semak nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan untuk penerimaan TAC dan klik SAH
  8. Makluman TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Klik Tutup untuk teruskan
  9. Isikan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik SETERUSNYA
  10. Cipta Kata Laluan Baru dan isi semula untuk sahkan (8 – 20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: password123)
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  12. Ahli boleh terus login untuk menggunakan i-Akaun
ANTARA KELEBIHAN LOG MASUK KE i-AKAUN KWSP
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan/waris
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Contohnya pengeluaran i-SINAR,i-LESTARI

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang LUPA ID/KATA LALUAN i-AKAUN KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.




Post a Comment

0 Comments