Baru-baru ini kerajaan negeri Johor telah menyebarluaskan berita yang gembira untuk rakyatnya pada pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Johor iaitu Bantuan secara one-off untuk rakyatnya yang sedang terjejas akibat pukulan pandemik Covid-19.
Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan informasi mengenai bantuan ini.
BANTUAN KERAJAAN JOHOR RM500 ONE-OFF


Bantuan ini juga merupakan bantuan berbentuk wang tunai yang akan diberikan secara one-off kepada penerima yang layak.
Lebih menggembirakan rakyat Johor lagi, kerajaan negeri Johor tidak melupakan kepada pelajar di kalangan keluarga B40 yang menuntut ilmu di IPTA/IPTS atau sekolah biasa. Mereka semua akan menerima bantuan wang ringgit ini.
KATEGORI PENERIMA & JUMLAH BANTUAN
1. Penerima e-Kasih JKM
- Jumlah Bantuan - RM300 selama 2 bulan
2. Pemilik teksi, teksi llimosi dan teksi lapangan terbang
- Jumlah Bantuan - RM500
3. 7,159 penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam serta pasar tani yang berdaftar dengan PBT Johor
- Jumlah Bantuan - RM500
4. 35,000 mahasiswa anak johor daripada keluarga B40
- Jumlah Bantuan - RM150
5. 2,071 pengusaha bas sekolah berdaftar
- RM500
6. 20,000 pemandu dan penghantar makanan syarikat e-hailing
- RM100
7. Pelajar sekolah rendah dan menengah yang berasal dari keluarga B40
- RM100
Bagi keluarga yang mempunyai anak seramai lima orang dan masih lagi bersekolah di peringkat rendah mahupun menengah, mereka semua akan menerima bantuan berjumlah RM500.
KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN COVID-19 KERAJAAN JOHOR
Kami dari Utusan Kerjaya akan kemaskini disini jika terdapat sebarang info berkaitan.
Sumber: Jawatanmalaysia.net
0 Comments