Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan mengenai bantuan RM600 sebulan yang akan dihulurkan kepada mana-mana pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji (maksimum selama 6 bulan) melaui PERKESO.
Sehubungan dengan itu,tarikh tutup untuk melakukan permohonan Bantuan Khas Covid-19 ini adalah pada 31 Disember 2020. Hanya permohonan yang lengkap diterima oleh pihak NADMA sahaja selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020 yang bakal dipertimbangkan untuk diberikan bantuan ini.
Berikut dikongsikan tatacara lengkap bagi Permohonan Bantuan Khas Covid-19 RM100 Sehari Oleh NADMA.
KRITERIA KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19. (Tarikh rawatan di wad haruslah tidak melebihi 31 Disember 2020)
Baca Juga : Rujuk Panduan Lengkap Cara Permohonan & Semakan Status Telefon Pintar Percuma Untuk Golongan B40
CARA PERMOHONAN
1. Muat turun borang permohonan terlebih dahulu di http://www.nadma.gov.my/ms/
- Borang Permohonan Bantuan Covid-19 (Lampiran A) - KLIK DISINI
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B) - KLIK DISINI
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) - KLIK DISINI
2. Setelah selesai perkara di atas,permohonan tersebut perlulah dihantar melalui POS kepada pihak NADMA di alamat yang diberikan seperti berikut:
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN
1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
2. Salinan Kad Pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
- Salinan borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM dan
- Salinan borang Pelepasan dari menjalani Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 343)
- Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-194.
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. **(Salinan Diakui Sah)
Nota Penting
Bagi yang hendak membuat semakan pemrohonan, sila klik DISINI
1 Comments
Saya dah nak masuk 6 bulan dah, tak ada apa berita pun tentang nadma nie
ReplyDelete