SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
PENGELUARAN KEHILANGAN UPAYA (Pengeluaran Baki Simpanan)
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Dibawah Umur 60 Tahun
- Mempunyai Simpanan Di Dalam Akaun KWSP
- Tidak Lagi Bekerja
- Disahkan Oleh pegawai perubatan telah hilang keupayaan fizikal atau mental
- Mesti Dinilai Oleh Lembaga Perubatan KWSP. Temujanji Penilai Oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter
BANTUAN KEHILANGAN UPAYA (RM5,000)
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Usia Tidak Mencecah 60 Tahun
- Tempoh Perkidmatan Akhir Sebelum Ditamatkan Perkhidmatan Atau Hilang Pekerjaan Hendaklah Sekurang-kurangnya 6 Bulan Berterusan
- Ditamatkan Perkhidmatan Atau Hilang Perkerjaan Di Atas Alasan Ketidakupayaan Untuk Belajar
- Mengemukakan Permohona Pengeluaran Di Dalam Tempoh 12 Bulan Dari Tarikh Ditamatkan Perkhidmatan Atau Hilang Pekerjaan
NOTA:
1. Pihak KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.
2. Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh dilakukan kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang KWSP 9L (AHL) & Senarai Semak Dokumen - KLIK DISINI
- Borang KWSP 3 (Pindaan) - Untuk penghantaran melalui pos/ pengesahan cap ibu jari gagal (KLIK DISINI)
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
- Tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat pada laporan penuh perubatan asal dari Institusi Perubatan
- Buku bank/ Penyata akaun simpanan/ Penyata akaun semasa/ Surat pengesahan aklumat pemegang dari akaun bank/ Maklumat pemegang akaun
- Bukti surat ditamatkan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/ pilihan sektor lain)
SAMPEL LAPORAN PERUBATAN
- Untuk permohonan pengeluaran secara manual, sila bawa bersama borang permohonan berikut bersama dokumen di atas ke cawangan KWSP berhampiran dengan kawasan anda
BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN HILANG UPAYA
- Nota: Sila pastikan semua salinan dokumen telah DISAHKAN dan DIAKUI oleh orang yang diberi kuasa. (Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
CARA PERMOHONAN
KAEDAH BAYARAN
Bayaran Dalam Negara
- Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun anda. Jika anda mempunyai akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
- Anda akan diberikan Cek Jurubank (jika bayaran ke akaun anda gagal)
Bayaran Luar Negara
- Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda. Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan.
- Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan.
0 Comments