Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah layak menerima sepenuhnya bantuan ini. Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan segala maklumat permohonan bagi pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh KPM.
Baca Juga: Cara Daftar Online Murid Tahun 1 2021 Dan 2022 Di Seluruh Negara ~ Ibu Bapa Wajib Tahu
Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memastikan bahawan wang bantuan tersebut diagihkan kepada para pelajar dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh penyata bank diterima bagi bulan di mana peruntukan dikreditkan ke akaun KWK sekolah.
Untuk pengetahuan anda, semua pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu lagi melakukan permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Pendidikan (BAP) bernilai RM100. Pihak sekolah akan mengeluarkan dan memaparkan senarai nama murid yang layak dan akan memberikan makluman berkenaan pemberian bantuan ini kepada mereka.
Sekiranya terdapat murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Pendidikan (BAP) sebelum ini dan ingin melakukan permohonan buat kali pertama, kini anda boleh melakukan permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan di bawah dengan menekan pada butang KLIK DI SINI dan membaca segala pernyataan yang dinyatakan. Sila maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan.
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid:
- Warganegara Malaysia
- Merupakan murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau setaraf
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Berasal daripada kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa
JUMLAH KADAR BANTUAN
Berikut merupakan jumlah kadar bantuan yang bakal diterima oleh murid-murid yang berkelayakan :
- RM100 untuk setiap murid yang layak
PENGAGIHAN BANTUAN
Sehubungan dengan itu,tempoh pelaksanaan BAP adalah bermula pada bulan Januari sehingga Jun bagi setiap sesi persekolahan tahun semasa. Bantuan ini akan disalurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seawal pada 4 Januari tahun semasa secara berperingkat dan secara terus ke:
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
CARA PERMOHONAN
Sekiranya terdapat murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Pendidikan (BAP) sebelum ini dan ingin melakukan permohonan buat kali pertama, kini anda boleh melakukan permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan di bawah dengan menekan pada butang KLIK DI SINI dan membaca segala pernyataan yang dinyatakan. Sila maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan.
2 Comments
Manjumanju
ReplyDeleteFrom 5 pro max dapat ke
ReplyDelete