TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bantuan Bulanan Sebanyak RM1,000 JKM Akan Dilaksanakan Dengan Segera - Kata Perdana Menteri

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA : Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan, cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan, berbanding RM200 hingga RM300, akan dilaksanakan segera.



Beliau juga ada berkata, sebagai kerajaan yang prihatin, beliau akan memastikan golongan itu mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Dinyatakan juga keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa, beliau telah mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.

Info Berkenaan Bantuan Kerajaan : https://t.me/utusankerjaya

MATLAMAT PEMBERIAN BANTUAN
  1. Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  2. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  3. Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  4. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN KEBAJIKAN

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

a. Bantuan Kanak-Kanak
b. Elaun Pekerja Cacat
c. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
d. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar
e. Bantuan Orang Tua
f.  Bantuan Am Persekutuan
g. Bantuan Anak Pelihara
h. Bantuan Latihan Perantis
i.  Bantuan Geran Pelancaran
j.  Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan
k. Tabung Bantuan Segera

Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.

KAEDAH PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN BAGI PERMOHONAN

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Sila Muat Turun Disini)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Sila Muat Turun Disini)

Post a Comment

0 Comments