TERKINI

6/recent/ticker-posts

Lengkapkan 3 Perkara Ini Untuk Permohonan i-SINAR KWSP Anda Jadi Lebih Mudah

Ramai yang sudah tidak sabar menunggu tarikh permohonan i-Sinar KWSP dibuka? Seperti yang diumumkan baru-baru ini, semua ahli KWSP dibenarkan untuk memohon pengeluaran simpanan dari Akaun 1 sehingga RM10,000.

Cara memohon i-Sinar adalah melalui beberapa kaedah dan salah satunya adalah secara dalam talian. Oleh itu, Pihak KWSP telah memberi peringatan kepada Ahli yang berhasrat untuk memohon pengeluaran i-Sinar supaya membuat beberapa persediaan.

Antara persediaan yang perlu anda lakukan ialah :

3 PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN

KWSP telah memaklumkan bahawa pihak mereka sedang menambah baik kemudahan pengeluaran i-Sinar. Untuk memudahkan urusan anda, pastikan anda telah:
  • Mendaftar i-Akaun
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Pastikan akaun bank anda aktif (akaun persendirian bukan akaun bersama)


DAFTAR i-AKAUN

Pelbagai kemudahan yang disediakan melalui akaun ini. Ahli hanya perlu membuat pendaftaran dengan mudah untuk menggunakannya. Semua Ahli KWSP boleh daftar i-Akaun tanpa halangan.

Pihak KWSP telah mengingatkan Ahli untuk buat pendaftaran i-Akaun untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Sinar pada tarikh yang ditetapkan nanti.

Jika anda telah sudah mempunyai i-Akaun KWSP, pastikan anda telah kemaskini maklumat peribadi anda terutamanya maklumat akaun bank. Pastikan akaun bank yang digunakan masih aktif bagi memudahkan urusan pembayaran nanti


JANGAN TERJERAT DENGAN INFO TIDAK SAHIH

Nantikan perkembangan terkini mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP dari semasa ke semasa daripada pihak KWSP. Anda diingatkan agar TIDAK TERPEDAYA dengan sebarang info yang disebarkan dari sumber yang tidak sahih.

Baru-baru ini telah tular mengenai aplikasi palsu i-Sinar KWSP yang telah dibina oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai diingatkan supaya tidak tertipu dengan aplikasi tersebut.

Post a Comment

0 Comments