KERAJAAN TERIMA KATA SEPAKAT UNTUK MEMPERLUASKAN PENGELUARAN SKIM I-SINAR
KUALA LUMPUR, MALAYSIA : Kerajaan hari ini terima kata sepakat untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
PENGELUARAN INI AKAN MEMANFAATKAN 8 JUTA AHLI
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta yang diumumkan sebelum ini.
Selain itu, Zafrul berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.
"Justeru setelah berbincang dengan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
"Selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun satu KWSP.
Justeru, semua ahli yang layak katanya boleh membuat permohonan di KWSP, dan mengemukakan dokumen bahawa mereka kehilangan atau terjejas pendapatan.
Kredit: Astroawani.com
0 Comments