
Namun, dikhabarkan hanya 2 juta pemegang akaun sahaja yang layak untuk menerima manfaat ini dengan jumlah anggaran RM14 bilion. Hal ini kerana terdapat beberapa syarat penting dan khusus bagi pemegang Akaun 1 KWSP ini dapat mengeluarkan simpanan mereka.
Artikel dari Mingguan Kerja kali ini akan mengongsikan secara terperinci syarat-syarat utama yang perlu ada pada pemegang akaun bagi kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP ini.
3 SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP
1) Ahli yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan semasa Covid-19
2) Ahli yang diberikan cuti tanpa gaji
3) Ahli yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang pandemik Covid-19 melanda.
KWSP dalam kenyataan semalam berkata, pengeluaran yang dibenarkan adalah pada kadar 10 peratus daripada jumlah simpanan Akaun 1 ahli.
SIMPANAN SEMASA AKAUN 1 LEBIH RM90,000
Bagi ahli yang memiliki simpanan persaraan semasa melebihi RM90,000, akses pendahuluan yang dibenarkan adalah pada kadar 10 peratus daripada nilai simpanan semasa, dengan jumlah maksimum dibenarkan sehingga RM60,000.
SIMPANAN SEMASA AKAUN 1 DIBAWAH RM90,000
Bagi ahli yang memiliki simpanan persaraan semasa dibawah RM90,000 pula, jumlah maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM9,000.
sila rujuk maklumat yang disediakan oleh KWSP dibawah:

KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas dengan dikreditkan dalam akuan bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat bermula Januari 2021.
Walaubagaimanapun, jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.
0 Comments