TERKINI

6/recent/ticker-posts

Tarikh Bayaran Rayuan BSH Yang Lulus Bermula 23 November 2020



Assalamualaikum wbt, sekiranya anda merupakan salah seorang daripada pemohon rayuan BSH 2020 pada bulan Ogos yang lepas, sudahkah anda membuat semakan status rayuan anda? Jika anda belum berbuat demikian, semakan status rayuan boleh buat DISINI.

JIKA TIDAK LULUS, APA PERLU BUAT?

Bagi yang tidak lulus permohonan BSH, anda perlu kenalpasti maksud kod tidak lulus BSH anda. Sekiranya rayuan BSH anda lulus, maka ianya berita baik buat anda! Tarikh pembayaran rayuan BSH kini telah diumumkan.

SILA IKUTI PERKONGSIAN DI BAWAH UNTUK PERKONGSIAN MAKLUMAT TARIKH BAYARAN RAYUAN BSH

TARIKH BAYARAN RAYUAN BSH

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa seramai 210,000 penerima telah lulus rayuan BSH 2020. Pembayaran ini akan memanfaatkan 192,000 isi rumah dan 18,000 penerima bujang (40-59 Tahun) dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 231 juta.

Semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat melalui 16 November 2020 DISINI. Bagi rayuan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan mulai 23 November 2020

Pembayaran BSH 2020 sebanyak RM 231 juta kepada pemohon rayuan yang lulus menjadikan keseluruhan pembayaran BSH tahun ini sebanyak RM 5 Billion yang melibatkan 4.5 juta penerima merangkumi 3.95 juta isi rumah dan 550,000 penerima bujang (40-59 Tahun).

Kerajaan akan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat. InsyaAllah bantuan kerajaan akan sentiasa diperhalusi dan pelaksanaan usaha ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.



 

Post a Comment

0 Comments