TERKINI

6/recent/ticker-posts

Cara Mendaftar Dan Proses Tuntutan Skim mySalam (Perlindungan B40) ~ Bantuan RM 8,000

 


mySalam adalah merupakan salah satu inisiatif skim takaful bagi perlindungan kesihatan secara percuma oleh pihak kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada golongan individu yang layak menerima manfaat skim perlindungan masyarakat mySalam melalui tabung amanah mySalam.

Pihak kerajaan telah menyediakan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghadapi penyakit-penyakit kritikal.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON ?

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
1. Individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
2. Individu bujang yang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
3. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.


Kategori Bantuan Sara Hidup (BSH)
1. RM8,000 akan dibayar secara tunai apabila telah disahkan ataupu didiagnos mempunyai salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal.
2. Elaun RM50 hospital akan diberikan secara tunai harian sehingga 14 hari ataupun maksimum dibayar RM700 bagi setahun untuk seorang.

MAKLUMAT LANJUT :

Senarai 45 jenis penyakit yang kritikal : RUJUK SINI
Senarai Hospital : RUJUK SINI
Untuk semakan kelayakan : RUJUK SINI

CARA MELAKUKAN TUNTUTAN mySalam

1. Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan dimuatnaik ke portal rasmi www.mysalam.com.my
2. Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.


Sebarang soalan mengenai bantuan mySalam anda boleh rujuk di sini: Soalan Lazim mySalam


Penerima Bantuan Sara Hidup lama atau baru adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat BSH / BR1M dan melengkapkan waris yang dinamakan dalam maklumat agar boleh membuat tuntutan sekiranya penerima Bantuan Sara Hidup meninggal dunia dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Post a Comment

0 Comments