TERKINI

6/recent/ticker-posts

Cara Cara Permohonan Online BPN 2.0 / Muat Turun Borang BPN 2.0 ~ Bermula 15 Oktober 2020 - 15 November 2020

 


Pada 23 September 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan senarai terkini bantuan kerajaan akibat pandemik Covid-19. Berikut maklumat terkini tentang pemberian dana tambahan melalui Bantuan Prihatin Nasional atau BPN 2.0.

Kadar bantuan adalah seperti berikut :

  • + RM 1000 UNTUK ISI RUMAH
  • + RM 500 UNTUK B40 BUJANG
  • + RM 600 UNTUK M40
  • + RM 300 UNTUK M40 BUJANG

Bayaran tersebut akan dibuat dua kali iaitu pada penghujung Oktober nanti dan bayaran kedua pada Januari 2021.

Bagi kategori penerima B40 pula, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala bakinya iaitu RM300 disalurkan pada Januari 2021.

INFOGRAFIK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0


KEMASKINI MAKLUMAT & PERMOHONAN BPN 2.0


Memandangkan bahawa platform kemaskini masih lagi menggunakan portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my/, maka tidak ada perbezaan dengan proses update seperti sebelum ini.


Secara amnya, berikut adalah beberapa perkara yang anda kemaskini :

NOMBOR AKAUN BANK TERKINI
- Misalnya, dulu guna Bank Islam untuk terima pembayara. Tapi anda sudah tutup Bank Islam tersebut atas sebab-sebab tertentu. Maka, anda perlu gantikan ke akaun bank baharu anda

STATUS PERKAHWINAN TERKINI
- Jika anda sudah berkahwin, jangan lupa kemaskini BPN 2.0 jika status dalam sistem masih bujang. Jika anda sudah bercerai, anda juga perlu kemaskini BPN 2.0 jika status asal masih berkahwin.

NOMBOR TELEFON TERKINI
- Jika anda telah menukar nombor telefom, anda juga perlu kemaskini dalam portal BPN.

Sekiranya anda gagal atau tidak kemaskini untuk BPN 2.0, kemungkinan terdapat beberapa maklumat anda tidak terima yang dihantar melalui SMS atau Panggilan ke nombor lama tersebut.

MAKLUMAT ANAK TERKINI
- Jika jumlah anak bertambah, contohnya dari 1 kepada 2 orang anda juga perlu mengemaskini.

CARA MENGEMASKINI BPN 2.0

1. Anda perlu layari portal rasmi BPN : https://bpn.hasil.gov.my/
2. Tekan butang LOG MASUK pada bahagiam MENU sebelah kanan.
3. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan
4. Tekan butang semak
5. Anda telah dapat Log Masuk ke dalam sistem anda
6. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan. Anda akan lihat :
  • Nama
  • Kad Pengenalan
  • Status Permohonan
  • Jumlah Keseluruhan BPN
  • Maklumat Pendapatan
  • Selepas Papar Borang, klik butang Kemaskini
  • Sila buat kemaskini jika terdapat maklumat yang perlu diubah.
MAKLUMAT LAIN & SEBARANG PERTANYAAN

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui mana-mana talian berikut :

03-8882 9089/9087/9191/4565/4566

Post a Comment

0 Comments