

Untuk makluman anda semua, MAIJ adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang atau Harta Baitulmal, Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf dan Kumpulan Wang Zakat dan Fitrah serta mengagihkan mengikut asnaf di Negeri Johor.
Skim Bantuan Yuran IPT ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu keluarga terutamanya ibu bapa yang terpaksa menanggung kos serta yuran pendaftaran anak-anak mereka bagi menyambung pengajian di IPT.
Berikut merupakan peringkat pengajian yang ditawarkan melalui skim bantuan ini antaranya:
1. Peringkat Sijil Semesta Pertama
2. Peringkat Diploma Semester Pertama
3. Peringkat Ijazah Sarjana Muda Semester Pertama
Kadar Bantuan Yuran Pendaftaran IPT
Kadar permohonan yang ditawarkan menerusi skim bantuan ini ialah:
Kadar Bantuan :
1. Peringkat Sijil : RM 300
2. Peringkat Diploma : RM 500
3. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000
Syarat Kelayakan Untuk Permohonan
Syarat kelayakan bagi pelajar yang ingin memohon Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara 2020 ialah:
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia,
2. Pemohon mestilah anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor atau;
3. Pemohon telah bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
4. Pemohon telah mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
5. Pendapatan perkapita keluarga pemohon mestilah tidak melebihi RM500 setiap tanggungan.
KEHALAMAN PERMOHONAN : KLIK DISINI
0 Comments